Bismillahirrahmanirrahim..

Life ends when you stop Dreaming, Hope ends when you stop Believing, Love ends when you stop Caring, Friendship ends when you stop Sharing.

Saturday, April 24, 2010

Alhamdulillah...

Syukur Ya Allah... maka tamatlah pengajian mak selama ini setelah di "belasah 3 jam" dlm meeting room dengan soalan2 simple tapi kaw2... Kepada sahabat yg dlm perjuangan, setiap yg bermula ada penghujungnya, Insya-allah..niat yg baik membuahkan hasil yang baik... terima kasih atas sokongan semua sahabat tak kira di mana jua anda berada...

Alhamdulillah...!!


Tuesday, April 20, 2010

Malam Kala Bulan Mengambang..

Assalamualaikum wrh wbt..

Camane ekk nak mula.. Semlm dapat call dr Graduate School.. Yaaa!!!.. mak sudah di ambang- nasi ambang. Hmm... mula lah fenomena baru mak untuk 4-5 hari nie.. "Ya Allah..apa kah akan jadi pada ku nanti..??..Berikanlah aku kemudahan, kekuatan untuk menghadapi hari itu, kau permudahkan lah urusan ku nanti.. Aminn Ya Rabb.."














Nie laa rupanya nasi ambang..macam-macam ado, mi goreng juga ada kelihatan disitu..(p/s Baik punya labeling)..

Perkara pertama..terasa diri di awan-awangan.. kepala nie dah ada dlm meeting room di GS, tangan goncang botol susu..camana tu??.. tak leh concentrate dengan kerja-kerja rumah dah...

Perkara kedua... dah dekat sejam atas katil, tak boleh lena2 lagi..ohhh tidak!!





















Apalah Prof. Z nak tanya aku nanti.. mampukah aku menghuraikan permasalahan dalaman Si amoeba itu??..

Perkara ke tiga.. Rasa-rasa macam pegang pen..tapi tak tahu nak tulis apa...

Apapun keadaan kau hadapi..kau kembalilah kepada Allah.. mintalah segala pertolongan..Maka akan diberikan kepadamu, akan tetapi bersabar dan beristiqomah lahh...


Sunday, April 18, 2010

Panasss..

Assalamualaikum wrh wbr.

Panas sungguh sekarang ini, kalau bawa kereta balik petang2 rasa mcm tak boleh buka mata, peritnya cahaya matahari memancar ke bumi ini.. kenapa yer tiba2 panas aja keadaan skrg nie?.. Tanda-tanda zaman dah nak berakhir. Banyak sangat dah tanda-tandanya..Fitnah berleluasa. Macam sekarang ini pun, sudah tidak terkawal. Antara ahli-ahli politik, artis-artis, dah biasa sangat, malah di kalangan ahli ulama pun ada juga berlaku. Sudah menjadi perkara biasa..











Panas weeehh...


Dalam 2-3 minggu kebelangan ini pulak kes buang bayi.. Ya Allah. kita semua dah kembali semula ke zaman jahiliah. Malah lebih teruk dari itu.. Mak mmg tak boleh lansung baca cerita-cerita kes buang bayi di surat khabar atau pun nonton di TV. Mmg hati mereka-mereka ini dah bukan berhati manusia, pembunuh yang sangat2 zalim.. itu satu hal..

Masalah-masalah hubungan songsang pun macam dah jadi trend. Berbangga-bangga dengan apa yang diamalkan, Nauzubillahi min zalik.. Jika zaman Nabi Lut, Allah s.w.t terbalikkan kota mereka di sebabkan amalan sonsang, mencuri serta pembunuhan, azab yang pedih juga berlaku pada golongan yang sama di Pompeii. Kaum-kaum yang melanggar hukum alam diteggelamkan dalam lautan lahar gunung berapi Vesuvius dan walaupun berlaku 79 a.d yang lampau, Allah Taala menunjukkan bukti-bukti kekuasaannya bagi hambaNya yang mahu berfikir pada akhir zaman ini..

Kenyataan seorang ulama di Iran "..berlaku mala petaka pada masa ini, akibat dosa-dosa manusia itu sendiri.." Benarlah..









Nie mana jibab dok pakai nie... Dosa tau!!




Sama-samalah kita bermuhasabah, semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang dikasihi, dirahmati Allah, menjadi ahli rombongan Nabi Muhamamad s.a.w untuk destinasi yang terbaik di akhirat kelak.. Amin Ya Rabb,..

Wednesday, April 14, 2010

Heee :)

Esok cuti 2 hari...wah wah wah..



Tuti Dalam Labu..


Pagi ini bermula awal, tapi pagi2 utk mak nie tak lah macam SpongeBobSquarePant tu.. "Saya dah Sedia!!..saya dah sedia!!" ungkapan sepotong span yg kerjanya membuat Krabby Patty. yer lah, buat krabby patty bukan susah pung, setakat lambung2 dengan spatulanya kdg2 sekali dengan kasut pastu pelanggan plak molek2 ada jer makan.. Tapi itu lah kehidupan hakiki nie bukan semudah kartun si SpongeBob tu.. Tat kala di ambang2 waktu dah makin dekat nie terasa tak cukup masa lah pulak.. Dulu tak sabar2..tapi nasihatkan diri byk bersabar, sebab tu la kot byk topik sabar dalam blog nie..

EMOSI yang tak stabil byk memberi kenkangan kepada jadual tak rasmi mak nie, mcm2 hal, nasib baik lah boleh voice out kat saing2 yg amat memahami antara satu sama lain.. sebagai Kaklong dlm lab nie, mcm kita pulak yg paling byk masalah dlm dunia nie mengalahkan Abhisit Vejjajiva.. adik2 pulak cool pelik jer tgk sorg2.. bagus.. mcm itik. Keep calm and unruffled on the surface but paddle like the devil underneath..

Lama dah tak up load resepi, tak sempat nak amik gambor, bukan apa, main2 focusing lekat lah pulak wap2 sayur, masakah kat lens kamera, nanti moisturized pulak si kamera nie, rosak naya..heheh..dok lah sampai tahap mcm tu kot. nampak ada 1-2 biji labu kat dapur tu, rasanya sayur labu lagi.. Alaa..labu yg si Tuti dalam labu tu a.k.a Halloween pumpkin, bukan labu air. Masak lemak sedap tuh..resepi org lama2,.. by the way, Tuti dalam labu is my daughter favorite bed time story. Byk version dah Tuti dalam labu nie, sebabnya tiap2 mlm citer tajuk tu, since the story end up dengan happy ending, so lena lah tidur anak2 mak nie .. Mlm nie Tuti dan 2 adiknya..mlm esok Tuti dan 4 adiknya.. mlm br nie Tuti dalam labu besar baldi, kdg2 Tuti dalam labu besar besen. Ye lah nak sesuaikan saiz pumpkin dengan ibu ayam dan anak beranaknya..tapi bagi mak, kisah labu nie mmg happy ending..sebab sedap sgt2 di buat pengat..Marvelous!!

Sunday, April 11, 2010

Sabar..sabar..


Assalamualaikum wrh wbt..
lama dah tadok entry.. sampai kena tegur oleh cik Mai.. hehe..nak buat guana cik mai, sibuk dgn kerja2 amal.. (konon..). Buat cik mai, semoga berjaya memproses haiwan kesayangannya menjadi arca untuk di abadikan dlm thesis.. maka dpt lah kita semua lihat dengan mata kasar bagaimana rupa bentuk sebenar makhluk kesayangan cik mai nie..
Lab ku syurga ku.. Boleh ka lagu tu??... walaupun syurga, seorang datang,.tak lama pergi.. datang dan pergi... setiap yang bermula pasti berakhir.. tetapi penantian itu satu penyeksaan jiwa.. hakikat macam itu lah. Penyeksaan jiwa itu bagaimana pun ubatnya adalah kesabaran..kesabaran itu dikuatkan oleh sifat meredhai dengan takdir Allah.. dengan mengingati Allah juga maka hati akan menjadi tenang...Semoga diri ini dan sahabat2 perjuangan sekalian tabah mengharungi ujian dlm kehidupan, insya-allah..Aminn ya rabb..