Bismillahirrahmanirrahim..

Life ends when you stop Dreaming, Hope ends when you stop Believing, Love ends when you stop Caring, Friendship ends when you stop Sharing.

Wednesday, March 10, 2010

Bahaya Nyamuk..


kalau
tengah tido malam-malam tu selalulah kena ketik nyamuk.. kacau sungguh bila nak tido, nikmat tido pun nak hilang. pukul 3..pukul 5 pagi.. geram sungguh.
Allah jadikan nyamuk supaya dia mengigit manusia (yang betina), serta makhluk-makhluk Nya yang mempunyai darah. Since dia boleh memasukkan belalainya yang halus itu menembusi kulit manusia, maka itu lah rutin seekor nyamuk sepanjang hidupnya. Bolehkah jika akal kita terima pendapat bahawa nyamuk itu salah satu utusan Allah untuk menggerakkan umat-umat Nya bangun malam supaya umat-umat Nya bisa menjalinkan hubungan dengan Maha Pencipta?. banyak sangat hadis-hadis meceritakan akan kelebihan/fadhilat bangun malam untuk solat beberapa rakaat tatkala ramai manusia sedang tidur, akan tetapi berapa kerat sangat yang bangun malam berbicara-mengadu dengan Allah ketika line tidak sibuk. Astaghfirullahalazeem.. terlalu banyak tanda-tanda yang kita telah berada di akhir zaman.. esok..lusa siapa tahu kita akan tidur selama-lamanya. tidur yang tidak akan bangun, hatta seribu nyamuk datang sekalipun menggerakkan kita, kita tidak akan bangun. Marilah kita sama-sama mengutamakan bekalan untuk waktu kita tidur selama-lamanya nanti dengan berkorban waktu tidur ketika kita masih sihat & masih mampu ini. Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan keberkatan di atas umur yang masih ada sebelum kita tidur untuk selama-lamanya.. Ameen Ya Rabb!!

Sunday, March 7, 2010

Sabar aje..


Nak buat macam mana, adat hidup bermasyarakat. Rambut sama hitam hati pun sama warna, tapi isi hati tu Allah aja yang tahu. Sabar dan ikhlas menghadapi setiap ujian Allah. dengan mengingati Allah juga hati menjadi tenang.
Masa berlalu pantas sekali, sangat suntuk masa akhir-akhir ini, umur pun meningkat. Yang belum kahwin dah nak kawin, yang dah kawin dah nak ada anak, yang tgh study dah nak habis study.. Kita nie apa progress nya?.. Dari segi duniawi mungkin nampak tak ada, tapi untuk ukhrawi, kita kumpulah sebanyak-banyaknya, sebab yang ukhrawi hanya perlu tenaga, azam yang kuat untuk megumpul2 butir2 pahala. Insya-Allah hasilnya dapat dilihat diakhirat kelak. Yang penting lakukan sesuatu dengan keikhlasan dan mengharap redha Allah s.w.t semata.
Kepada sahabat2, anak2 sedara ku yang dalam perjuangan, teruskan berjuang, Hidup satu perjuangan untuk akhirat. Semoga kita mendapat hidayah dan pertolongan dari Allah sentiasa, Ameen Ya Rabb!!

Sambal Ikan Keli Berjintan




TUngguuu Resepinya...

Monday, March 1, 2010

Sambal Ikan Kering



2 paket ikan kering (ikan tamban)
5-6 ulas bawang merah
5-6 ulas cili padi
1 cawan kelapa parut ( kelapa yang agak muda)
2 biji mangga muda disagat

1. ikan kering dipanggang atau goreng dengan sedikit minyak (ketepikan)
2.tumbuk bawang dan cili padi hingga agak-agak lumat
3. masukkan isi ikan kering dan tumbuk lagi
4. masukkan kelapa parut, tumbuk.
5. masukkan mangga dan tumbuk rencah-rencah sahaja..
#resepi yang memang tak ada bahan perisa, makan dengan nasi panas..

Ikan Patin Masak Tempoyak



Banyak resepi ni kalu search kat internet, tapi yang nie mungkin ada kelainannya..

1 kg ikan patin
8-10 bj cili padi
5 sb tempoyak
5-6 ulas bawang merah
2 ketul kunyit
1 kuntum bunga kantan dibelah 2 @ 4
1 genggam daun kesum


1. ikan patin dibersihkan, direndam dengan air asam jawa 1/2- 1 jam
2. bersih kembali ikan dan rebus dengan air sehingga 3/4 masak ( agak-agak dah nak masak tapi belum masak betul2). toskan ikan dan buang air rebusan tadi
3. cili padi, bawang, kunyit dan tempoyak dikisar dengan 1 cawan air.
4. masukkan ke dalam periuk bahan-bahan yang dikisar tadi dan 1 liter air, rebus sehingga menggelegak
5.masukkan ikan dan bunga kantan
6. garam, sedikit gula dan serbuk perisa (jika kurang masam masukkan sekeping asam keping)
7. masukkan daun kesum
8. biar dalam 3 minit sebelum api dapur ditutup.

Biasanya resepi yang asal tak ada bawang, tapi bawang di sini untuk lebih memekatkan kuah..

Tilapia Bakar




Materials and Method
1 ekor ikan tilapia
6-7 ulas bawang putih
2-3 ketul kunyit (saiz ibu jari)
1 1/2 sk garam kasar
1/2 sk lada hitam (optional)

1. tumbuk semua bahan2 kecuali ikan
2. lumurkan semua bahan-bahan pada ikan dan bahagian perutnya, perap seketika
3. bungkus dengan daun pisang
4. bakar atas kuali leper sehingga masak



Sedap dimakan dengan sambal kicap dan ketika masih panas-panas..rasa hanyir hilang disebabkan kuantiti kunyit dan bawang putih yang byk

24 sahaja...


Dah nak pukul 11.. blackout 2 round dah kat sini.. tak apa, cuma hati2, cuma kena save byk kali kalau menaip apa2.. nak buat mcm mana, salah satu ujian berada di Univ yg sedang pesat membangun, berkorban sedikit, dan kesabaran yang banyak, pahala dri Allah kepada orang yang sabar. Ada kerja yang sepatutnya diutamakan, tapi dah lama terbengkalai, gara-gara sifat putus asa dan mungkin juga lupa, memang Melayu mudah lupa. tapi jangan pula di jadikan tag line yang mendominasikan ciri-ciri orang Melayu.. Orang Melayu Rajin..kan best bunyinya, pernah baca dan masih ingat kata-kata seorang Hanya Orang Sibuk Yang Mempunyai Masa.. Ye lah!, orang yang tak buat apa-apa benda yang berfaedah dapat 12jam sehari cukuplah..orang yang sibuk bagi lebih 24 jam pun tak apa, tapi sibuk dengan perkara-perkara untuk kebaikan bersama..Pengalaman sendiri, dulu sangat-sangat tidak cukup masa, terutama ketika menulis tesis, lagi berat dan memang berat menulis tesis dari mebuat eksperimen. Insya-allah, dengan Bismillah, doa-doa dan 100% mengharapkan pertolongan dariNya, tak ada masalah dengan eksperimen. Walaupun dah hantar tesis, tapi rasa banyak lagi tak lengkap, hmm..kalau nak tunggu lengkap tak tahu lah bila boleh hantar tesis ke Sekolah Siswazah. Pesanan untuk yang dalam perjuangan, bacalah sebanyaknya jurnal-jurnal, buku yang berkaitan, pengalaman sendiri, untuk buat 1 ayat dalam tesis kadang-kadang kena baca sampai 8 jurnal, macam nak berasap kepala.. Walaubagaimanapun, sehebat-sehebat pertolongan adalah dari Allah, mintalah ketenangan, kemudahan, kesihatan, ilham, sifat kerajinan dari Nya. Insya-allah dipermudahkan segala urusan...




#Pagi ini Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim war-warkan blog yang 100% bahasa Melayu boleh tercalon untuk dpt anugerah.. Tahniah kepada yang mendaulatkan bahasa Melayu.