Bismillahirrahmanirrahim..

Life ends when you stop Dreaming, Hope ends when you stop Believing, Love ends when you stop Caring, Friendship ends when you stop Sharing.

Sunday, May 30, 2010

Alhamdulillah (II)

Lama dah tak menulis kat blog.. rasa tak nak buka lagi thesis2 tu.. so ambik aura keybord kat blog nie sebelum aura kat Words. Alhamdulillah.. dah peringkat akhir, DrH kata muka mama dah chubby selepas viva..senang hati kot..alhamdulillah..itu lah yg terasa skrg nie... rasanya dah hampir lepas tanggungjawab seorg pelajar...lepas juga lah tanggungjawab perjanjian dengan biasiswa.. tapi mcm tak boleh nak tinggal jer lab nie... heee... ;).

Perjalanan sebagai seorang pelajar mempunyai sangat banyak perkara yang perlu diikuti.. perah otak sepanjang masa.. buat labwork dgn skill and time management.. sangat lah penting.. tapi.. Doa pada Allah selalunya menjanjikan hati yang akan 'senyum' sendiri..tanda puas hati dengan dapatan (rujuk kamus UKM)..dari kerja harian...

Buat teman2 seperjuangan.. kadang2 kita perlu orang ketiga utk review kerja kita, penulisan tesis, analisis data, tidak boleh pendam kan sendiri sebelum bawa dapatan atau hasil nukilan tesis menghadap Sv (supervisor), atau kita akan di.....










Monday, May 10, 2010

Selamat Hari Ibu...











Assalamualaikum wbt..

Selamat Hari Ibu kepada kawan2 yang dah bergelar ibu, dan semua insan yang ada "orang" panggil mereka ibu, mama, CHE', mak, mok, mek, bonda, ummi, mummy and so on and so forth....

Buat CHE' mama sendiri.. I love u so Muchh!!!..










Chopp!!.. pitis poseng...



Wednesday, May 5, 2010





















senyumm...senyum..

Tuesday, May 4, 2010

How very appropriate indeed...!

This is a master piece. If you have not read it, take the time to read it now. If you have read it, take time to read it again!
GEORGE CARLIN (His wife recently died...and George followed her, in July 2008)



Isn't it amazing that George Carlin - comedian of the 70's and 80's - could write something so very eloquent...and so very appropriate.

A Message by George Carlin:

The paradox of our time in history is that we have taller buildings but shorter tempers, wider Freeways ,but narrower viewpoints. We spend more, but have less, we buy more, but enjoy less. We have bigger houses and smaller families, more conveniences, but less time. We have more degrees but less sense, more knowledge, but less judgment, more experts, yet more problems, more medicine, but less wellness.

We drink too much, smoke too much, spend too recklessly, laugh too little, drive too fast, get too angry, stay up too late, get up too tired, read too little, watch TV too much, and pray too seldom.

We have multiplied our possessions, but reduced our values. We talk too much, love too seldom, and hate too often.

We've learned how to make a living, but not a life. We've added years to life not life to years. We've been all the way to the moon and back, but have trouble crossing the street to meet a new neighbor. We conquered outer space but not inner space. We've done larger things, but not better things.

We've cleaned up the air, but polluted the soul. We've conquered the atom, but not our prejudice. We write more, but learn less. We plan more, but accomplish less. We've learned to rush, but not to wait. We build more computers to hold more information, to produce more copies than ever, but we communicate less and less.

These are the times of fast foods and slow digestion, big men and small character, steep profits and shallow relationships. These are the days of two incomes but more divorce, fancier houses, but broken homes. These are days of quick trips, disposable diapers, throwaway morality, one night stands, overweight bodies, and pills that do everything from cheer, to quiet, to kill. It is a time when there is much in the showroom window and nothing in the stockroom. A time when technology can bring this letter to you, and a time when you can choose either to share this insight, or to just hit delete...

Remember; spend some time with your loved ones, because they are not going to be around forever.

Remember, say a kind word to someone who looks up to you in awe, because that little person soon will grow up and leave your side.

Remember, to give a warm hug to the one next to you, because that is the only treasure you can give with your heart and it doesn't cost a cent.

Remember, to say, 'I love you' to your partner and your loved ones, but most of all mean it. A kiss and an embrace will mend hurt when it comes from deep inside of you.

Remember to hold hands and cherish the moment for someday that person will not be there again.

Give time to love, give time to speak! And give time to share the precious thoughts in your mind.

AND ALWAYS REMEMBER:

Life is not measured by the number of breaths we take, but by the moments that take our breath away.--George Carlin


Saturday, April 24, 2010

Alhamdulillah...

Syukur Ya Allah... maka tamatlah pengajian mak selama ini setelah di "belasah 3 jam" dlm meeting room dengan soalan2 simple tapi kaw2... Kepada sahabat yg dlm perjuangan, setiap yg bermula ada penghujungnya, Insya-allah..niat yg baik membuahkan hasil yang baik... terima kasih atas sokongan semua sahabat tak kira di mana jua anda berada...

Alhamdulillah...!!


Tuesday, April 20, 2010

Malam Kala Bulan Mengambang..

Assalamualaikum wrh wbt..

Camane ekk nak mula.. Semlm dapat call dr Graduate School.. Yaaa!!!.. mak sudah di ambang- nasi ambang. Hmm... mula lah fenomena baru mak untuk 4-5 hari nie.. "Ya Allah..apa kah akan jadi pada ku nanti..??..Berikanlah aku kemudahan, kekuatan untuk menghadapi hari itu, kau permudahkan lah urusan ku nanti.. Aminn Ya Rabb.."














Nie laa rupanya nasi ambang..macam-macam ado, mi goreng juga ada kelihatan disitu..(p/s Baik punya labeling)..

Perkara pertama..terasa diri di awan-awangan.. kepala nie dah ada dlm meeting room di GS, tangan goncang botol susu..camana tu??.. tak leh concentrate dengan kerja-kerja rumah dah...

Perkara kedua... dah dekat sejam atas katil, tak boleh lena2 lagi..ohhh tidak!!





















Apalah Prof. Z nak tanya aku nanti.. mampukah aku menghuraikan permasalahan dalaman Si amoeba itu??..

Perkara ke tiga.. Rasa-rasa macam pegang pen..tapi tak tahu nak tulis apa...

Apapun keadaan kau hadapi..kau kembalilah kepada Allah.. mintalah segala pertolongan..Maka akan diberikan kepadamu, akan tetapi bersabar dan beristiqomah lahh...


Sunday, April 18, 2010

Panasss..

Assalamualaikum wrh wbr.

Panas sungguh sekarang ini, kalau bawa kereta balik petang2 rasa mcm tak boleh buka mata, peritnya cahaya matahari memancar ke bumi ini.. kenapa yer tiba2 panas aja keadaan skrg nie?.. Tanda-tanda zaman dah nak berakhir. Banyak sangat dah tanda-tandanya..Fitnah berleluasa. Macam sekarang ini pun, sudah tidak terkawal. Antara ahli-ahli politik, artis-artis, dah biasa sangat, malah di kalangan ahli ulama pun ada juga berlaku. Sudah menjadi perkara biasa..











Panas weeehh...


Dalam 2-3 minggu kebelangan ini pulak kes buang bayi.. Ya Allah. kita semua dah kembali semula ke zaman jahiliah. Malah lebih teruk dari itu.. Mak mmg tak boleh lansung baca cerita-cerita kes buang bayi di surat khabar atau pun nonton di TV. Mmg hati mereka-mereka ini dah bukan berhati manusia, pembunuh yang sangat2 zalim.. itu satu hal..

Masalah-masalah hubungan songsang pun macam dah jadi trend. Berbangga-bangga dengan apa yang diamalkan, Nauzubillahi min zalik.. Jika zaman Nabi Lut, Allah s.w.t terbalikkan kota mereka di sebabkan amalan sonsang, mencuri serta pembunuhan, azab yang pedih juga berlaku pada golongan yang sama di Pompeii. Kaum-kaum yang melanggar hukum alam diteggelamkan dalam lautan lahar gunung berapi Vesuvius dan walaupun berlaku 79 a.d yang lampau, Allah Taala menunjukkan bukti-bukti kekuasaannya bagi hambaNya yang mahu berfikir pada akhir zaman ini..

Kenyataan seorang ulama di Iran "..berlaku mala petaka pada masa ini, akibat dosa-dosa manusia itu sendiri.." Benarlah..









Nie mana jibab dok pakai nie... Dosa tau!!




Sama-samalah kita bermuhasabah, semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang dikasihi, dirahmati Allah, menjadi ahli rombongan Nabi Muhamamad s.a.w untuk destinasi yang terbaik di akhirat kelak.. Amin Ya Rabb,..

Wednesday, April 14, 2010

Heee :)

Esok cuti 2 hari...wah wah wah..



Tuti Dalam Labu..


Pagi ini bermula awal, tapi pagi2 utk mak nie tak lah macam SpongeBobSquarePant tu.. "Saya dah Sedia!!..saya dah sedia!!" ungkapan sepotong span yg kerjanya membuat Krabby Patty. yer lah, buat krabby patty bukan susah pung, setakat lambung2 dengan spatulanya kdg2 sekali dengan kasut pastu pelanggan plak molek2 ada jer makan.. Tapi itu lah kehidupan hakiki nie bukan semudah kartun si SpongeBob tu.. Tat kala di ambang2 waktu dah makin dekat nie terasa tak cukup masa lah pulak.. Dulu tak sabar2..tapi nasihatkan diri byk bersabar, sebab tu la kot byk topik sabar dalam blog nie..

EMOSI yang tak stabil byk memberi kenkangan kepada jadual tak rasmi mak nie, mcm2 hal, nasib baik lah boleh voice out kat saing2 yg amat memahami antara satu sama lain.. sebagai Kaklong dlm lab nie, mcm kita pulak yg paling byk masalah dlm dunia nie mengalahkan Abhisit Vejjajiva.. adik2 pulak cool pelik jer tgk sorg2.. bagus.. mcm itik. Keep calm and unruffled on the surface but paddle like the devil underneath..

Lama dah tak up load resepi, tak sempat nak amik gambor, bukan apa, main2 focusing lekat lah pulak wap2 sayur, masakah kat lens kamera, nanti moisturized pulak si kamera nie, rosak naya..heheh..dok lah sampai tahap mcm tu kot. nampak ada 1-2 biji labu kat dapur tu, rasanya sayur labu lagi.. Alaa..labu yg si Tuti dalam labu tu a.k.a Halloween pumpkin, bukan labu air. Masak lemak sedap tuh..resepi org lama2,.. by the way, Tuti dalam labu is my daughter favorite bed time story. Byk version dah Tuti dalam labu nie, sebabnya tiap2 mlm citer tajuk tu, since the story end up dengan happy ending, so lena lah tidur anak2 mak nie .. Mlm nie Tuti dan 2 adiknya..mlm esok Tuti dan 4 adiknya.. mlm br nie Tuti dalam labu besar baldi, kdg2 Tuti dalam labu besar besen. Ye lah nak sesuaikan saiz pumpkin dengan ibu ayam dan anak beranaknya..tapi bagi mak, kisah labu nie mmg happy ending..sebab sedap sgt2 di buat pengat..Marvelous!!

Sunday, April 11, 2010

Sabar..sabar..


Assalamualaikum wrh wbt..
lama dah tadok entry.. sampai kena tegur oleh cik Mai.. hehe..nak buat guana cik mai, sibuk dgn kerja2 amal.. (konon..). Buat cik mai, semoga berjaya memproses haiwan kesayangannya menjadi arca untuk di abadikan dlm thesis.. maka dpt lah kita semua lihat dengan mata kasar bagaimana rupa bentuk sebenar makhluk kesayangan cik mai nie..
Lab ku syurga ku.. Boleh ka lagu tu??... walaupun syurga, seorang datang,.tak lama pergi.. datang dan pergi... setiap yang bermula pasti berakhir.. tetapi penantian itu satu penyeksaan jiwa.. hakikat macam itu lah. Penyeksaan jiwa itu bagaimana pun ubatnya adalah kesabaran..kesabaran itu dikuatkan oleh sifat meredhai dengan takdir Allah.. dengan mengingati Allah juga maka hati akan menjadi tenang...Semoga diri ini dan sahabat2 perjuangan sekalian tabah mengharungi ujian dlm kehidupan, insya-allah..Aminn ya rabb..

Wednesday, March 10, 2010

Bahaya Nyamuk..


kalau
tengah tido malam-malam tu selalulah kena ketik nyamuk.. kacau sungguh bila nak tido, nikmat tido pun nak hilang. pukul 3..pukul 5 pagi.. geram sungguh.
Allah jadikan nyamuk supaya dia mengigit manusia (yang betina), serta makhluk-makhluk Nya yang mempunyai darah. Since dia boleh memasukkan belalainya yang halus itu menembusi kulit manusia, maka itu lah rutin seekor nyamuk sepanjang hidupnya. Bolehkah jika akal kita terima pendapat bahawa nyamuk itu salah satu utusan Allah untuk menggerakkan umat-umat Nya bangun malam supaya umat-umat Nya bisa menjalinkan hubungan dengan Maha Pencipta?. banyak sangat hadis-hadis meceritakan akan kelebihan/fadhilat bangun malam untuk solat beberapa rakaat tatkala ramai manusia sedang tidur, akan tetapi berapa kerat sangat yang bangun malam berbicara-mengadu dengan Allah ketika line tidak sibuk. Astaghfirullahalazeem.. terlalu banyak tanda-tanda yang kita telah berada di akhir zaman.. esok..lusa siapa tahu kita akan tidur selama-lamanya. tidur yang tidak akan bangun, hatta seribu nyamuk datang sekalipun menggerakkan kita, kita tidak akan bangun. Marilah kita sama-sama mengutamakan bekalan untuk waktu kita tidur selama-lamanya nanti dengan berkorban waktu tidur ketika kita masih sihat & masih mampu ini. Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan keberkatan di atas umur yang masih ada sebelum kita tidur untuk selama-lamanya.. Ameen Ya Rabb!!

Sunday, March 7, 2010

Sabar aje..


Nak buat macam mana, adat hidup bermasyarakat. Rambut sama hitam hati pun sama warna, tapi isi hati tu Allah aja yang tahu. Sabar dan ikhlas menghadapi setiap ujian Allah. dengan mengingati Allah juga hati menjadi tenang.
Masa berlalu pantas sekali, sangat suntuk masa akhir-akhir ini, umur pun meningkat. Yang belum kahwin dah nak kawin, yang dah kawin dah nak ada anak, yang tgh study dah nak habis study.. Kita nie apa progress nya?.. Dari segi duniawi mungkin nampak tak ada, tapi untuk ukhrawi, kita kumpulah sebanyak-banyaknya, sebab yang ukhrawi hanya perlu tenaga, azam yang kuat untuk megumpul2 butir2 pahala. Insya-Allah hasilnya dapat dilihat diakhirat kelak. Yang penting lakukan sesuatu dengan keikhlasan dan mengharap redha Allah s.w.t semata.
Kepada sahabat2, anak2 sedara ku yang dalam perjuangan, teruskan berjuang, Hidup satu perjuangan untuk akhirat. Semoga kita mendapat hidayah dan pertolongan dari Allah sentiasa, Ameen Ya Rabb!!

Sambal Ikan Keli Berjintan




TUngguuu Resepinya...

Monday, March 1, 2010

Sambal Ikan Kering



2 paket ikan kering (ikan tamban)
5-6 ulas bawang merah
5-6 ulas cili padi
1 cawan kelapa parut ( kelapa yang agak muda)
2 biji mangga muda disagat

1. ikan kering dipanggang atau goreng dengan sedikit minyak (ketepikan)
2.tumbuk bawang dan cili padi hingga agak-agak lumat
3. masukkan isi ikan kering dan tumbuk lagi
4. masukkan kelapa parut, tumbuk.
5. masukkan mangga dan tumbuk rencah-rencah sahaja..
#resepi yang memang tak ada bahan perisa, makan dengan nasi panas..

Ikan Patin Masak Tempoyak



Banyak resepi ni kalu search kat internet, tapi yang nie mungkin ada kelainannya..

1 kg ikan patin
8-10 bj cili padi
5 sb tempoyak
5-6 ulas bawang merah
2 ketul kunyit
1 kuntum bunga kantan dibelah 2 @ 4
1 genggam daun kesum


1. ikan patin dibersihkan, direndam dengan air asam jawa 1/2- 1 jam
2. bersih kembali ikan dan rebus dengan air sehingga 3/4 masak ( agak-agak dah nak masak tapi belum masak betul2). toskan ikan dan buang air rebusan tadi
3. cili padi, bawang, kunyit dan tempoyak dikisar dengan 1 cawan air.
4. masukkan ke dalam periuk bahan-bahan yang dikisar tadi dan 1 liter air, rebus sehingga menggelegak
5.masukkan ikan dan bunga kantan
6. garam, sedikit gula dan serbuk perisa (jika kurang masam masukkan sekeping asam keping)
7. masukkan daun kesum
8. biar dalam 3 minit sebelum api dapur ditutup.

Biasanya resepi yang asal tak ada bawang, tapi bawang di sini untuk lebih memekatkan kuah..

Tilapia Bakar




Materials and Method
1 ekor ikan tilapia
6-7 ulas bawang putih
2-3 ketul kunyit (saiz ibu jari)
1 1/2 sk garam kasar
1/2 sk lada hitam (optional)

1. tumbuk semua bahan2 kecuali ikan
2. lumurkan semua bahan-bahan pada ikan dan bahagian perutnya, perap seketika
3. bungkus dengan daun pisang
4. bakar atas kuali leper sehingga masak



Sedap dimakan dengan sambal kicap dan ketika masih panas-panas..rasa hanyir hilang disebabkan kuantiti kunyit dan bawang putih yang byk

24 sahaja...


Dah nak pukul 11.. blackout 2 round dah kat sini.. tak apa, cuma hati2, cuma kena save byk kali kalau menaip apa2.. nak buat mcm mana, salah satu ujian berada di Univ yg sedang pesat membangun, berkorban sedikit, dan kesabaran yang banyak, pahala dri Allah kepada orang yang sabar. Ada kerja yang sepatutnya diutamakan, tapi dah lama terbengkalai, gara-gara sifat putus asa dan mungkin juga lupa, memang Melayu mudah lupa. tapi jangan pula di jadikan tag line yang mendominasikan ciri-ciri orang Melayu.. Orang Melayu Rajin..kan best bunyinya, pernah baca dan masih ingat kata-kata seorang Hanya Orang Sibuk Yang Mempunyai Masa.. Ye lah!, orang yang tak buat apa-apa benda yang berfaedah dapat 12jam sehari cukuplah..orang yang sibuk bagi lebih 24 jam pun tak apa, tapi sibuk dengan perkara-perkara untuk kebaikan bersama..Pengalaman sendiri, dulu sangat-sangat tidak cukup masa, terutama ketika menulis tesis, lagi berat dan memang berat menulis tesis dari mebuat eksperimen. Insya-allah, dengan Bismillah, doa-doa dan 100% mengharapkan pertolongan dariNya, tak ada masalah dengan eksperimen. Walaupun dah hantar tesis, tapi rasa banyak lagi tak lengkap, hmm..kalau nak tunggu lengkap tak tahu lah bila boleh hantar tesis ke Sekolah Siswazah. Pesanan untuk yang dalam perjuangan, bacalah sebanyaknya jurnal-jurnal, buku yang berkaitan, pengalaman sendiri, untuk buat 1 ayat dalam tesis kadang-kadang kena baca sampai 8 jurnal, macam nak berasap kepala.. Walaubagaimanapun, sehebat-sehebat pertolongan adalah dari Allah, mintalah ketenangan, kemudahan, kesihatan, ilham, sifat kerajinan dari Nya. Insya-allah dipermudahkan segala urusan...




#Pagi ini Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim war-warkan blog yang 100% bahasa Melayu boleh tercalon untuk dpt anugerah.. Tahniah kepada yang mendaulatkan bahasa Melayu.

Wednesday, February 24, 2010

Kuew Tiow Ala Char

Resepi asal dia mcm complicated.. tapi mama buatkan short cut..rasanya sedap ajer..

#bahan sup

1 sup bunjut
ayam 2-3 ketul
bwg putih
bwg besar
garam
Bahan2 di atas di rebus buat mcm sup biasa, garam secukup rasa, serbuk perisa jika perlu

#sos kuew tiow
1 sb sos tiram
1 sb kicap
1/2 sb serbuk cili
sedikit kiub ayam
1/2 cwn air


1 cawan Kuew tiow yang lebar dia kecik sikit ( KT biasa lebar dlm 1 cm, yg nie 0.75cm)
4-5 ekor udang saiz M @ L, potong janggut dia dulu.
2 sudu isi kerang
3 sudu bwg mesin
2 ulas bwg putih
1 bj telur

Kaedah2nya

1. Panaskan 3 sudu minyak, goreng udang dan kerang sehingga 1/4 masak
2. masukkan bwg mesin, bwg putih, goreng sekejap, dan masukkan 3 sb sos kuew tiow. kacau lagi
3. masukkan kuew tiow, kacau2 hingga sebati 3-5 minit.
4. masukkan 2 senduk kuah sup, kacau sebentar, seterusnya daun kucai dan taugeh,
5. sebelum angkat pecah telur sebiji, tambah perisa.. angkat bila telur dah masak..

Kuew Tiow Daging..

A.
100 g daging
2 sb sos tiram
2 sb tepung jagung
1 sk gula
1 sb kicap cair

B.
1 bungkus kuew tiow
4 sb bawang mesin (bwg besar, putih)
1 sb cili boh, (suka hati)
1 sk kicap pekat
sos cili, sos tomato secukup rasa
daun kucai, taugeh


1. Daging di hiris halus2, gaul sekali semua bahan2 "A", perap dlm peti besi...lagi lama lagi bagus, kalu nak sedap lagi perap dlm peti sejuk..
2. Setelah beberapa lama daging tadi bertapa dlm peti sejuk, keluarkan dan goreng sehingga empuk.
3. Angkat daging dan ketepikan.
4. Goreng kuew tiow pula dlm kuali tadi, kuew tiow semata2 yer..sekejap, kemudian angkat.
5. Tumiskan bawang-bawang, cili, sampai 1/2 masak
6. masukkan serbuk perisa, kicap, sos-sos, tumis lagi...
7. masukkan danging, kuew tiow, kacau lagi...
8. last sekali masukkan daun kucai dan taugeh, serbuk lada hitam
9. sedia untuk di makan..

Mama ada kawan...



Kawan-kawan yang unik, sangat tidak bercakap...(sbb otak mereka sedang berkerja).. sangat suka bercakap..(bila otak dan mulut mereka berkerja).. mama mempunyai sahabat-sahabat begini sebab mama antara ibu di kalangan anak-anak muda yang masih duduk di lab menyelongkar kehidupan yang manusia tidak nampak, tapi bukan alam mistik.. merbahaya kepada manusia..tapi bukan bererti tidak boleh dijadikan kawan.

Berada di sini Alhamduliilah mendamaikan, menyejukkan..kadang-kadang melalaikan. Tujuan mama publishkan nama MAMA di sini hanya untuk berkongsi ilmu yang bermaanfaat untuk manusia sejagat.. atas segala apa yang tersiar disini yang buruk itu dari mama, dan yang baik itu tentunya dari Allah Taala semata...

Salam..


Assalamualaikum wrh wbt,.
Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ini sama juga dengan hari-hari semalam. Apa-apa pun sebaik-baiknya biarlah kebaikan yang mendahului keburukan.. memaksimakan yang positif dari yang negatif. Kata-kata untuk diri sendiri dan sukacita nya ada yang ini berkongsi...