Bismillahirrahmanirrahim..

Life ends when you stop Dreaming, Hope ends when you stop Believing, Love ends when you stop Caring, Friendship ends when you stop Sharing.

Sunday, April 18, 2010

Panasss..

Assalamualaikum wrh wbr.

Panas sungguh sekarang ini, kalau bawa kereta balik petang2 rasa mcm tak boleh buka mata, peritnya cahaya matahari memancar ke bumi ini.. kenapa yer tiba2 panas aja keadaan skrg nie?.. Tanda-tanda zaman dah nak berakhir. Banyak sangat dah tanda-tandanya..Fitnah berleluasa. Macam sekarang ini pun, sudah tidak terkawal. Antara ahli-ahli politik, artis-artis, dah biasa sangat, malah di kalangan ahli ulama pun ada juga berlaku. Sudah menjadi perkara biasa..











Panas weeehh...


Dalam 2-3 minggu kebelangan ini pulak kes buang bayi.. Ya Allah. kita semua dah kembali semula ke zaman jahiliah. Malah lebih teruk dari itu.. Mak mmg tak boleh lansung baca cerita-cerita kes buang bayi di surat khabar atau pun nonton di TV. Mmg hati mereka-mereka ini dah bukan berhati manusia, pembunuh yang sangat2 zalim.. itu satu hal..

Masalah-masalah hubungan songsang pun macam dah jadi trend. Berbangga-bangga dengan apa yang diamalkan, Nauzubillahi min zalik.. Jika zaman Nabi Lut, Allah s.w.t terbalikkan kota mereka di sebabkan amalan sonsang, mencuri serta pembunuhan, azab yang pedih juga berlaku pada golongan yang sama di Pompeii. Kaum-kaum yang melanggar hukum alam diteggelamkan dalam lautan lahar gunung berapi Vesuvius dan walaupun berlaku 79 a.d yang lampau, Allah Taala menunjukkan bukti-bukti kekuasaannya bagi hambaNya yang mahu berfikir pada akhir zaman ini..

Kenyataan seorang ulama di Iran "..berlaku mala petaka pada masa ini, akibat dosa-dosa manusia itu sendiri.." Benarlah..









Nie mana jibab dok pakai nie... Dosa tau!!




Sama-samalah kita bermuhasabah, semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang dikasihi, dirahmati Allah, menjadi ahli rombongan Nabi Muhamamad s.a.w untuk destinasi yang terbaik di akhirat kelak.. Amin Ya Rabb,..

No comments:

Post a Comment