Resepi asal dia mcm complicated.. tapi mama buatkan short cut..rasanya sedap ajer..
#bahan sup
1 sup bunjut
ayam 2-3 ketul
bwg putih
bwg besar
garam
Bahan2 di atas di rebus buat mcm sup biasa, garam secukup rasa, serbuk perisa jika perlu
#sos kuew tiow
1 sb sos tiram
1 sb kicap
1/2 sb serbuk cili
sedikit kiub ayam
1/2 cwn air
1 cawan Kuew tiow yang lebar dia kecik sikit ( KT biasa lebar dlm 1 cm, yg nie 0.75cm)
4-5 ekor udang saiz M @ L, potong janggut dia dulu.
2 sudu isi kerang
3 sudu bwg mesin
2 ulas bwg putih
1 bj telur
Kaedah2nya
1. Panaskan 3 sudu minyak, goreng udang dan kerang sehingga 1/4 masak
2. masukkan bwg mesin, bwg putih, goreng sekejap, dan masukkan 3 sb sos kuew tiow. kacau lagi
3. masukkan kuew tiow, kacau2 hingga sebati 3-5 minit.
4. masukkan 2 senduk kuah sup, kacau sebentar, seterusnya daun kucai dan taugeh,
5. sebelum angkat pecah telur sebiji, tambah perisa.. angkat bila telur dah masak..
Wednesday, February 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment